Tuesday, January 26, 2010

Pengajaran sepanjang hayat..

ALHAMDULILLAH...hanya lafaz syukur meniti dibibr dan zikir segala puji bagi Allah sepanjang  perjalanan menuju ke pejabat. Walaupun dalam keadaan kaki yang mengigil-gigil, aku masih boleh memandu dan selamat  sampai. Hanya Allah yang mengetahui apa yang aku alami masa tu..Rasa tidak percaya tapi itulah hakikatnya kini,..MasyaALLAH. Andai ku ikutkan sahaja arahan si penyamun jahanam itu, aku sendiri tidak dapat membayangkan nasibku selepas itu. Mujur tidak mengalah, entah..aku sendiri tidak tahu macamana aku mendapat kekuatan larikan diri dan menjerit meminta pertolongan. apa yang aku ingat, hanya auntie cina yg kebetulan ada disitu mendengar jeritanku. Masa tu auntie bersiap2 nak menghantar anaknya ke sekolah dgn motosikal..dia juga tidak mampu berbuat apa2 dan turut berada dalam ketakutan...apa yang pasti besarnya kurniaanMU dgn keselamatan diriku YA ALLAH..

ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH

Laporan polis di Balai Polis Sentul pada 9.32 pagi, 26 Januari 2010

Pada 26/01/2010 jam lebih kurang 6.30 pagi semasa saya sedang berdiri diluar kereta saya yang diletakkan di tempat meletakkan kereta Blok L13 Pandan Jaya Selangor untuk menaiki kereta tiba-tiba (1) (L) india cuba menghampiri saya dengan memegang sesuatu ditangan dan menyuruh saya masuk kedalam kereta dan diam. Saya terus lari dari kereta dan menjerit untuk meminta tolong dan pada waktu tersebut saya nampak sebuah kereta jenis Myvi warna putih yang ada orang didalamnya tapi pemandunya tidak turun untuk menolong. Dalam masa 2 minit baru beliau menurunkan cermin kereta dan bertanya kepada saya apa yang berlaku dan bila saya maklumkan ada orang mahu menyamun saya beliau minta saya tunggu sementara beliau membuat laporan polis di balai berhampiran. Saya terus menuju ke arah kereta saya dapati lelaki india yang mahu menyamun saya telah tiada lagi saya terus pergi dari situ. Tiada barang yang hilang dan saya buat laporan takut jadi apa-apa pada diri saya di kemudian hari kerana lelaki india tersebut boleh mengecam muka saya. Sekian laporan saya.

Tuesday, January 19, 2010

Disaat ini..

Di saat ini…
Hanya ketenangan yang ku cari,
Merawat kegusaran sayu kualami,
Gundah yg ku undang sendiri,
Tabahla wahai pemilik hati,
Kerana mungkin akan kau tangisi,
Namun bukanlah dikesali
Kerana itulah keputusan hakiki
Yang takkan mungkin ku ubah kembali
Kini, waktu kian melewati
Untuk ku pertahan apa yg ada kini
Kerana apa yang bakal dilalui
Memerlukan untuk ku gagahi
Kesilapan langkah mungkin memakan diri
Andai tiada kekuatan menemani
Disaat ini..
Jangan ada yang merasa dijauhi
Jauh sekali untuk dilupai
Kerana hadirnya sentiasa kuhargai
Walau tidak terucap mengiringi
Allahu Rabbi
Kasihmu melangit tinggi
Kuniaanmu tidak bertepi
Untuk hambamu yang dikasihi
Pengorbanan menuntut kini
Untuk ku laksanakan pasti
Demi rahmatmu ILAHI…


19 Januari 2010

Friday, January 15, 2010

tunggu masa..

bEnGAnG..itu yg aku alami dlm seminggu ni.
BeNgaNg dgn sikap manusia yg suka berubah watak semata2 utk kepentingan
dan kesenangan diri sendiri..aku cukup tak suka dgn manusia yg berperangai sedemikian!!!
kejar bila perlu, lupa bila tiada kepentingan...apa ada pada nama??
cuma berdiam diri...masing2 dah besar. 
cukup syarat aku blah!!..tiada langsung kenangan aku nak simpan..buat nyemak memori je.
tunggu masa..

Friday, January 1, 2010

2010

Assalamualaikum wbt..

Syukur Alhamdulillah, masih dberi peluang untuk menghela nafas yg kekadang "sesak"..lantaran kesilapan diri sendiri untuk menjengah dan melalui kehidupan di tahun baru 2010. Pastinya tiap insan di seluruh dunia meraikan dengan cara tersendiri, lazimnya berkumpul beramai2 sambil menanti detik 1 Januari 2010..dihiasi dengan letupan bunga api dan diiringi dengan sorakan gembira "Selamat Tahun Baru @ Happy New Year"..erm, teringat masa bebudak dulu, tiap kali kehadiran tahun baru..teringin berkumpul di bandar tawau , kadang2 dapat jugak memujuk abang ipar & kakak sulung turun bandar, almaklum, terlalu teruja tgk org ramai mcm kat KL tu(tgk dlm tv jelah). Masa tu diakui, kurang dimengerti erti sambutan tahun baru..heheh..(apa daaaa...:).

Saban tahun berlalu, hampir 6 tahun menjadi penduduk "sementara" Kuala Lumpur, tiada pernah sekalipun aku tolong memeriahkan @ meramaikan perhimpunan sambutan yg  popular seperti yg pernah aku angankan dulu..huhu. apatah lagi sambutan kemerdekaan..ntah, rasa mcm tak menarik minat langsung, malah makin nak mengelak. dengan sesaknya (paling tak suka), fesyen bermacam ragam dan macam2 lagilah. Yang pasti (pada pandangan aku)..tidak nampak pun yg mendatangkan kebaikan tiap kalinya perhimpunan sepertinya. teringat aku pd cerita ustaz amir masa form 3 dulu, "klu korang nak tahu tiap kali selesai perhimpunan tahun baru, sampah yg "famous" dibersihkan oleh DBKL adalah botol2, tin2 minuman yg memabukkan dan "alat keselamatan" utk elakkan mengandung..MasyaALLAH..tak kurang juga dgn tertangkapnya pasangan2 yg memadu kasih di taman2, bilik2 hotel..tak sanggup aku nak teruskan..adakah ini azam tahun baru yg "gah" dilaung-laungkan?? dan yang agak menggelikan hati aku, masa membelek2 kasut di bandar KL td, terdengar pekerja2 disitu bersembang pasal azam masing2. "azam aku tahun baru ni nak dpt pakwe yg lebih handsome dan berduit dari pakwe ngko"..spontan aku tersengih lalu memandang yg kukira adik tu. Alahai, betapa tingginya azam mu dik, tapi...(malaslaa nak citer..)

aku sendiri untuk tahun 2010 ni, untuk sebarang perancangan masih dipikirkan..sebab mungkin ada sedikit rombakan..heheh..apapun semoga tahun ini lebih mendatangkan kebaikan dan kegembiraan dalam hidup aku. Life must go on..Hidup Mesti Terus!!!..Azam??..biar aku jelah yang tahu..:)