ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH
Laporan polis di Balai Polis Sentul pada 9.32 pagi, 26 Januari 2010
Pada 26/01/2010 jam lebih kurang 6.30 pagi semasa saya sedang berdiri diluar kereta saya yang diletakkan di tempat meletakkan kereta Blok L13 Pandan Jaya Selangor untuk menaiki kereta tiba-tiba (1) (L) india cuba menghampiri saya dengan memegang sesuatu ditangan dan menyuruh saya masuk kedalam kereta dan diam. Saya terus lari dari kereta dan menjerit untuk meminta tolong dan pada waktu tersebut saya nampak sebuah kereta jenis Myvi warna putih yang ada orang didalamnya tapi pemandunya tidak turun untuk menolong. Dalam masa 2 minit baru beliau menurunkan cermin kereta dan bertanya kepada saya apa yang berlaku dan bila saya maklumkan ada orang mahu menyamun saya beliau minta saya tunggu sementara beliau membuat laporan polis di balai berhampiran. Saya terus menuju ke arah kereta saya dapati lelaki india yang mahu menyamun saya telah tiada lagi saya terus pergi dari situ. Tiada barang yang hilang dan saya buat laporan takut jadi apa-apa pada diri saya di kemudian hari kerana lelaki india tersebut boleh mengecam muka saya. Sekian laporan saya.
yati, betul ke yati? seramnya..
ReplyDeletesemoga Allah melindungimu kakak ku syg...
ReplyDeletetake care tau...
Yati..berhati-hati tau. Andai dapat bersama kawan-kawan mengiringi ok gak. Bg mereka 6.30 masih awal..tambah skrg subuh lewat.hari masih gelap
ReplyDeletehati2 moy bahaya skang nie.....
ReplyDeleteterima kasih di atas keprihatinan semua.insyaallah, semakin berhati2 sekarang ni..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesy x tau pon..ni pon umar br bgtau...Alhamdulillah akak selamat...takotla skrg ni...mcm2...lepas ni akak ajak la sape2 teman akak ke kereta ye...
Ya Allah...yati ...aku x tau pun...
ReplyDeletelama dah aku x buka blog mu ni..
Tapi Syukur Alhamdulillah...ko selamat...
Aku pun pernah kena Ragut...so aku paham situasi yang ko alami pren..
-dee-