Monday, May 31, 2010

Salam Perpisahan..


Di Awan Biru..
Alhamdulillah, masa ni tengah berada di udara…fly dgn MH 2664 Y dari KLIA ke TAwau, Sabah. Bertolak tepat pukul 1420 ptg. Penerbangan mengambil masa 2 jam 50 minit..adoiii, boringyer. NAsib bek boleh pasang laptop..dpt gak dengar lagu. Tapi takleh online broadband…mana nak cari line kat atas ni..huhuu.. Terharu dengan kedatangan sahabat2, sirat, indra, simple shida, shai, wani dan mamanya. Tak sangka pulak dorang nak datang..mulanya mesej sahaja tp sirat reply nak datang jugak..huhuu. apapun, terima kasih banyak2. Tak tahulah bila dapat jumpa lagi..kalau dah balik ni, maby payah ckit tapi insyaallah, kalau ada rezeki dan peluang..
Semasa melepasi kawalan keselamatan, ku lambaikan tangan sebagai tanda perpisahan kepada sahabat2 dluar sana..menuruni tangga, airmata laju membasahi pipi..akhirnya gugur juga. Sedayanya ku tahan semasa bersalam dgn dorang td..sesungguhnya aku hanya insan lemah, kdg mudah melatah dgn ujian..Ya Allah, tabahkan hatiku menghadapi perpisahan ini. Terlalu sayangnya aku pada ukhuwah yang terjalin, menyemai kasih sayang..memupuk ukhuwah…(mcm ku kenal ayat ni..hahaha). Moga berkekalan hingga ke akhir hayat..InsyaALLAH. Dari perkhabaran sirat, ada sahabat yang merajuk denganku..hurmm, kepada sahabat berkenaan, dengan rasa rendah diri..memohon ampun dan maaf, mungkin itu kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri. Seikhlasnya, tidak pernah secebis rasa tak puas hati dan apa2 pun, agaknya masa tu dalam keadaan serabut..terluah kata2 yang menyinggung hati. Mohon maaf sekali lagi. Doa dan harapan moga sentiasa bergembira dan bahagia. Insyaallah, Amin.
Subhanallah…besarnya anugerah dan rahmat kasih sayangMU ya ALLAH..KAU hadiahkan aku sahabat2 yang baik, walaupun ada yang tidak sempat aku temui..manisnya jalinan ukhuwah yang kurasakan…  walaupun tidak ada pertalian darah tapi berkasih sayang kami kerana saudara SeISLAM..satu2nya agama yang KAU REDHAI.. 
Segala kenangan dan saat  manis akan subur dalam ingatan..jarak bukan penghalang untuk kita terus berukhuwah..bukankah kata2 hikmah ada menyebut, ukhuwah itu bukan hanya dimata, bukan hanya pada ungkapan bicara..tapi ia akan kekal selamanya didalam hati. Insyaallah. Aku pohonkan doa dan semangat kalian untuk meneruskan perjuangan di tanah kelahiran sendiri..
Hurmm..mata dah ngantuk..nak lelap kejap..insyaallah, akan bersambung di episode akan datang…tapi episode bermula di bumi TAWAU…zzzzzzzzzzzzz