Friday, August 21, 2009

RAMADHAN yg ku nanti..


assalamualaikum wbt..
Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan.

Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita.

Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."


SELAMAT BERPUASA KEPADA KEDUA IBU DAN BAPA DAN SELURUH AHLI KELUARGA YG DIRINDUI

KEPADA SAHABAT2 YANG DI KASIHI

KEPADA SEMUA UMAT ISLAM YAK KIRA DIMANA JUA BERADA

SEMOGA DIBERI KESIHATAN YG BAIK AGAR DAPAT MELAKSANAKAN PUASA DAN "BERPESTA IBADAT"...

SALAM KEMAAFAN TULUS IKHLAS DARI SAYA..

Monday, August 17, 2009

SUNGAI CONGKAK_16.08.09

sesi berendam dgn ss

ikut jalan yang betul..jgn sampai sesat..huhu

yang sempat disediakan....

sabar menanti ...:)

sambil makan aiskrim..thanks atikah

sempat lagi possing tuh..

tak sabor nak santap ni..

ikan baik utk kesihatan..:)

peace no war..

sebelum bertolak pulang..


Thursday, August 13, 2009

AL FATIHAH..


Dari Allah kita datang, dan kepadaNYA jugalah akhirnya kita akan kembali.
Semoga rohnya di cucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
(1969-2009)
Al Fatihah...

Tuesday, August 11, 2009

Taubat perlu dilakukan sepanjang hayat, tidak bertangguh

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Mukmin yang sedar akan berhati-hati supaya tidak melakukan kesalahan sama atau ditipu untuk kali keduanya. Sama juga, apabila terlanjur melakukan dosa sewajarnya terus menginsafi kesilapan dilakukan dan berazam tidak mengulanginya lagi.
Manusia sewajarnya berjaga-jaga tidak akan melakukan kelalaian dan boleh ditipu dua kali dalam perkara yang sama. Antara syarat yang menyebabkan taubat itu diterima adalah meninggalkan dosa yang dilakukan serta-merta.
Contohnya, orang tidak menunaikan solat mestilah kembali menunaikannya atau yang selalu memakan rasuah hendaklah segera meninggalkan amalan keji itu. Menyesali dosa yang dilakukan dan setiap kali terkenangkan dosa itu akan menangis kerana takutkan seksaan Allah. Ia bagi yang benar-benar menyesali perbuatan lampau dan ingin bertaubat kembali ke jalan Allah.
Bagi yang sudah mengambil hak orang lain, hendaklah dikembalikan kepada tuannya tetapi jika hak itu bukanlah sesuatu yang dapat dikembalikan maka dia mestilah memohon pelepasan (kemaafan) daripada orang itu. Hendaklah taubat dilakukan selagi masih ada hayat dan jangan suka bertangguh kerana apabila sudah tiba ajal, saat itu sudah tidak berguna untuk seseorang bertaubat.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah sangat gembira menerima taubat seseorang kamu melebihi kegembiraan seseorang yang menemui kembali barangnya yang hilang.”
(Hadis riwayat Muslim)
Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: “Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah pada malam hari sehingga matahari terbit di barat.”
(Hadis riwayat Muslim)

Monday, August 3, 2009

Sekalung Tahniah....


Alhamdulillah, plan yang telah kuatur telah berjaya dilaksanakan.

Bermula dgn mengetahui tarikh konvo "adik" syakirah dan naemah pada 1 hb Ogos 2009, sebarang program cuba ku kosongkan pada tarikh berkenaan kerana ingin berkunjung ke PICC meraikan beliau dan adik2 usim yang lain. Insyaallah...

Namun, 2 minggu sblm itu aku menerima kad jemputan kahwin sahabatku dee dan tarikhnya pun pada hari yg sama..alahai, awatla pilih tarikh tu cik kak oiiiit (hehe)..komenku dlm hati.
Siti Nordaunah binti jamaluddin..kawan sepermainanku dari zaman kanak2 lagi. rumah pun dekat2, klu jerit compom dengar. dulu sesekali aku mengusik sehingga menangis, dgn muka bersalah cepat2 lari sembunyi. takut kena marah dgn mak aji. dari sekolah rendah (satu kelas) sampai darjah 6. form 1 hingga 3 tak sekelas tapi masih lagi di sekolah yang sama. Form 4 hingga 5 kembali dalam kelas yg sama (sm teknik) dan begitu juga di asrama..adoiii, asyik muka ko je, takda muka org lain ke??( kuikuikui)...kini masing2 dgn kehidupan sendiri. kawan2 lain ntah kemana menghilang, cuma dia ni sajalah kawan yg selalu ku dengar khabar beritanya. hadirkan diri ke walimahnya adalah program keduaku pada 1 ogos nanti..

1 hb Ogos ..jeng..jeng..jeng_ bermula perjalanan hariku dengan menuju ke PICC bersama Ummusafiah dan Mr. JKR (gelaran yg baru ku berikan, mana taknya..klu terpandang lambang JKR suka sangat dia. taulah keja JKR..tp dek kerana kesudiannya menjadi tourist driver WSF 9411, aku layannnn je)..sepanjang perjalanan benar2 menguji kesabaran dan meninggalkan tanda tanya kami bertiga..(klu nak tau sms k,malas nak citer)..sampai PICC, punyalah payah nak parking..full house!!!. puas pusing sekeliling, last2 parking kat tepi laluan utama keta nak masuk..buat donno je, harap2 takda apa2 masalah. risau gak ni tp Mr. JKR meyakinkan. huhu.

sementara menunggu graduan2 keluar dewan, kami membuang masa di kafeteria, Mr. JKR siap makan nasi beriani.."aik, sat gi nak gi makan nasi beriani kat ampang"..selorohku selamba.
"laparlah kak"..alahai, siannye.

Sekalung tahniah dan semoga berjaya dimasa2 mendatang buat sahabat @ adikku Syakirah dan naemah (Pengajian Al Quran dan Multimedia). tak dilupakan buat anis, nadia, syahra dan laila juga. sempat mengambil gambar kenangan bersama yg draikan dan ahli keluarganya. terlalu banyak peristiwa mengejut berlaku masa ni, tapi cuma aku dan si "dia " je yg paham. tapi kami buat2 selamba..huhu.

PICC ditinggalkan, tunaikan solat zuhur di masjid putrajaya. sedih menyaksikan wanita seagama dikehendaki memakai jubah mcm pelancong asing ketika hendak memasuki masjid walaupun memakai tudung TETAPI tidak memenuhi apa yg di syariatkan. tapi seolah2 tiada tanda2 rasa bersalah, selamba badak je(geram ni)..


perjalanan diteruskan menuju ke ampang pula. sekali lagi terpaksa melalui kesesakan. berpandukan peta, kami mencari rumah pengantin..alhamdulillah, akhirnya jumpa gak. comel sahabatku dgn gaun pengantin berwarna putih krim. ada kisah yg kami bincangkan semasa bersantap, tapi dlm bahasa ibunda.."bugis"..erm, sabarlah dee, mungkin ini ujian..banyakkan berdoa.InsyaALLAH. sempat mengambil gambar kenangan dpelamin. bukan main lagi mr. JKR dgn aksi nya.. hehe. nak balik, siap dibungkuskan lagi nasi beriani. mak aii...dinner malam ni dgn nasi beriani. Mr. JKR lagi best, breakfast, lunch & dinner dgn menu yg sama..NASI BERIANI gak. takpe, rezeki tuuu.
tiba d stesen komuter bank negara..ramainya orang. dari gaya mcm peserta demo GMI beratur panjang membeli tiket. asalnya mmg nak join sekali perhimpunan ni tp atas2 sebab2 tertentu, terpaksa dibatalkan. usai solat asar, ummu dan STS beransur pulang. tak dapat drive balik umah, terpaksa parking keta depan pondok guard balai polis jln dato onn lantaran kesesakan jalan raya yg teramat sangat. klu nak redah juga, agaknya subuh pun belum tentu sampai rumah.

kaki diatur melangkah kestesen star lrt bandaraya..agak terkejut sebab stesen di tutup..ah sudah!!!, aku nak balik mcmana ni???. nak tak nak terpaksa patah balik ke stesen komuter. nak naik bus tak tau naik kat mana, klu duk wangsamaju lagi no hal. huhu. takpe2..sabar2.

berdiri di tepi jalan raya depan bank negara..berpkir langkah yg wajar diambil...huhu. klu nak gi KL sentral, then ke masjid jamek maby stesen masjid jamek pun d tutup...dengan selambanya aku menegur muslimin yg kebetulan lalu, "nk tanya, stesen bandaraya dah buka ke?..dah buka dah.."..alhamdulillah, ucapan syukur spontan dari ku. dgn langkah yg kepenatan patah balik ke stesen bandaraya

Alhamdulillah..selamat sampai d rumah around kul 7 . nampaknya mlm ni tak jadi ke pasar malam..tak larat. tapi Allah murahkan rezeki dgn nasi yg di bungkus dr kenduri td..ALHAMDULILLAH..

WSF 9411 ku bawa balik selepas pulang dr NILAI petang ahad. sian "pakwe" ni, duk menyendiri sepanjang malam. hehehe.

To Syakirah and others, TAHNIAH diatas kejayaan kalian. semoga ilmu yg dpelajari dimanfaatkan sebaiknya.

sahabatku Dee, TAHNIAH kerana telah bergelar ISTERI..semoga menjadi isteri yg solehah dan tabah menghadapi dugaan dan ujian. pada idi pada elok..u're my lovely friend..i mean it:)

dan kepada peserta demo GMI, TAHNIAH diatas keberanian menentang kezaliman...semoga dengan menyaksikan peristiwa itu akan lebih membuka matahati orang ramai tentang kezaliman akta ISA ni.