Monday, December 7, 2009

Perutusan Raja Sehari

Alhamdulillah..housemate ku, ana telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 5 disember 09 dikediamannya, Batu Kurau, Taiping. ermm..tak larat nak "membebel", biarlah gambar2 ini menceritakan...:)







walimah mahyudin (UC), Keramat Au4_6 disember 09


siti asmah (opismate) Bukit Kerinchi


SEMOGA SEJAHTERA DALAM RAHMATNYA DAN BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT..AMIN.

Thursday, November 26, 2009

SALAM AIDIL ADHA..


ASSALAMUALAIKUM ..

SALAM AIDIL ADHA KEPADA KEDUA IBU BAPA, KELUARGA YG DIKASIHI DAN SANAK SAUDARA YG DIRINDUI..MOHON MAAF KERANA TIDAK DAPAT BALIK MERAIKAN BERSAMA..

KEPADA SAHABAT2 YG DISAYANGI..MAAFKAN DI ATAS SEGALA KESALAHAN..

DAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM TAK KIRA DIMANA JUA BERADA.

Monday, November 23, 2009

Keputusan itu dariMU...

Alhamdulillah..setelah sekian lama "mahkamah timbang tara" bersidang dalam diam, hari ini 23 November 2009 telah menetapkan keputusan yang tidak mungkin ditarik balik. Telah lama difikirkan, dikaji, diselidiki dan kufahami sedalam-dalamnya isi kandungan perbicaraan, dengan sokongan "saksi-saksi dan bukti-bukti" kukuh..dalam lafaz REDHA ku akui didalam hati untuk menerima ketetapan dariNYA..

Bukan mudah membuat keputusan, bukan senang membicarakan, bukan mudah melakar ayat pada sekeping kertas putih, tapi atas tuntutan tanggungjawab yang terletak dibahuku sepanjang hayat..akhirnya satu noktah telah kulengkapkan pada permohonan itu. Mungkin itu yang terbaik untuk aku mengharungi kehidupan yang mendatang..

Doa dan harapan moga dipermudahkan, ditabahkan hati, ditenangkan fikiran. Amin..

Monday, October 26, 2009

thanks..

Alangkah susahnya mendidik hati, sedangkan ia adalah pandangan Tuhan, menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan. Alangkah susahnya mendidik hati, bila dipuji sombong menghiasi diri, bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati, bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai.. Didiklah hati menuju kebenaran demi mencari redha Ilahi..."

thanks are_tq

Monday, October 19, 2009

ziarah & Di penghujung syawal

Anis nurul Iman
ziarah wawa83 dan baby (Sg. Buloh)

openhouse kak limah (hanan.com) Kg. JAwa, shah Alam





Saturday, October 17, 2009

Cerita syawal 1430H

Alhamdulillah..misi kembali ke kampung telah berjaya, walaupun ada sedikit kedukaan. Its ok, yang penting dapat meraikan bersama keluarga tersayang. Syukur kupanjatkan kepada yang Esa kerana masih diberi peluang untuk kami sekeluarga berkumpul, bertambah2 rezeki dariNYA dgn kehadiran orang baru..anaknda Nur Nilam Abqarina, anak kedua abangku yg lahir pd 1 ramadhan. ramai yg kata mukanya seiras acik diana (akulah tu..hehe). Selama 3 minggu berada di kampung, banyak kuhabiskan masa dengan duduk di rumah diam2, jadi baby sitter anak buah tersayang. tak sabar melihatnya membesar, lincah dan aktif macam abangnya Nazhan. Sempat juga hadir ke walimah kawan sekolah menengah dulu..kebetulan masa balik kampung satu "belon" dgn dia. Alhamdulillah, jejaka dari "noghori" pilihan hatinya, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat (special dedicate to Rohana Nicolous).
tentunya saat yg mengharukan ialah bilamana hendak kembali semula ke semenanjung. terasa sayu meninggalkan mak dan ayah tercinta..doakan anakmu ini sentiasa dilindugi dan drahmati selalu.

mula bekerja pada 5 oktober...lakukan tugas seperti biasa. erm, agak berselerak meja yg sebelum ini kutinggalkan "clean & clear"..biasalah tu, dah masak dgn keadaan itu. tapi tak ada keja yg "urgent" sgt.

Demam raya masih terasa lagi, Alhamdulillah sempat meraikan sambutan raya peringkat jabatan. memang meriah dgn "kehadiran" kambing golek. hehe. sahabat2 di sekitar KL pun ada yg menjemput ke open house..wah, raya sakan sungguh!!

semalam (16 hb) bahagian tpt aku bertugas mengadakan jamuan..bawa juadah masing2, aku sendiri "membawa" beehoon goreng yg dimasak khas di kantin. hahahaha...mati2 opismate ingat aku yg masak..tak laratlah weii nak bangun masak. huhu. alhamdulillah, dgn kesepakatan (chewah, awat skema)...memang banyak makanan. antaranya spageti, nasi himpit+kuah lodeh, capati, roti canai, koktel buah, salad buah, mee goreng, kek sarawak dll. Alhamdulillah, rezeki ALLAH..insyaALLAH, ada kesempatan dan keizinan kita wat lagi k. Antara gambar yg sempat dirakam..






Saturday, September 12, 2009

CUTI RAYA...BALIK KAMPUNG

Semalam merupakan hari terakhir bekerja sebelum bercuti raya.. wah...mmg excited.
tiket flight dah siap beli bulan julai lagi. takut kehabisan...huhu
Sebelum balik tu, siap salam selamat raya kat semua opismate. sedihla pula..(ngengada).
Esok (13 September_2.50 pm) akan berlepas ke Tawau Sabah. Tidak kukhabarkan tarikh sebenar kepulanganku kepada keluarga, saja nak bg suprise. tapi tidak kepada abangku, kalau tak sapa nak ambik kat airport..hehehe.
InsyaALLAH, start bercuti pada 14 September - 2 Oktober. Kembali ke semenanjung pada 3 oktober, saja ambil hari sabtu..so ahad bolehlah rehat dan kemas rumah.

Salam Aidilfitri kepada seluruh umat Islam..
Maaf zahir dan Batin :)

Wednesday, September 9, 2009

Iftar bersama sahabat2 ukhwah.com

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga iftar dengan bebudak UC pada 4 September lepas di Restoran Sate Haj Samuri kat Bangi (dekat rumah wani@serikandikhaulah). thanks kepada yg mengatur majlis ini....


Balik dari berbuka puasa, antor puterisyiffa dan sahabat ke ukm (shida drive..hehe). tak jumpa jalan keluar..huhu..sesat lagi. tapi alhamdulillah...Allah tu maha Pengasih. Lepas antar shairah, singgah kat sup anis utara (owner sahabat UC gak)..erm, mmg sedap makanan dia.

tengah2 makan tu, akhirnya hajatku kesampaian utk berada dkt dgn wanita yg kukagumi..selalu tgk dari jauh sahaja. inilah wanita yg kumaksudkan tu..

Sebelum balik, sempat ambik gambar bersama tauke kedai, qurratuaini@yana... pasni blh dtg sokmo tp tauke bagila diskaun ye..hehe.:) erm, ada kisah malam tu, hanya kami (shida, uk dan me) yg tahu...huhu.moral of the story is...ALERT carefully..kuikuikui.


Friday, September 4, 2009

"anak-anakku"..

Mohd Hamizan
Mohd Nur Adli

Nurhamizah

Mohd Abqari Nazhan

Nur Nilam Abqarina


Friday, August 21, 2009

RAMADHAN yg ku nanti..


assalamualaikum wbt..
Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan.

Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita.

Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."


SELAMAT BERPUASA KEPADA KEDUA IBU DAN BAPA DAN SELURUH AHLI KELUARGA YG DIRINDUI

KEPADA SAHABAT2 YANG DI KASIHI

KEPADA SEMUA UMAT ISLAM YAK KIRA DIMANA JUA BERADA

SEMOGA DIBERI KESIHATAN YG BAIK AGAR DAPAT MELAKSANAKAN PUASA DAN "BERPESTA IBADAT"...

SALAM KEMAAFAN TULUS IKHLAS DARI SAYA..

Monday, August 17, 2009

SUNGAI CONGKAK_16.08.09

sesi berendam dgn ss

ikut jalan yang betul..jgn sampai sesat..huhu

yang sempat disediakan....

sabar menanti ...:)

sambil makan aiskrim..thanks atikah

sempat lagi possing tuh..

tak sabor nak santap ni..

ikan baik utk kesihatan..:)

peace no war..

sebelum bertolak pulang..


Thursday, August 13, 2009

AL FATIHAH..


Dari Allah kita datang, dan kepadaNYA jugalah akhirnya kita akan kembali.
Semoga rohnya di cucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
(1969-2009)
Al Fatihah...

Tuesday, August 11, 2009

Taubat perlu dilakukan sepanjang hayat, tidak bertangguh

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Mukmin yang sedar akan berhati-hati supaya tidak melakukan kesalahan sama atau ditipu untuk kali keduanya. Sama juga, apabila terlanjur melakukan dosa sewajarnya terus menginsafi kesilapan dilakukan dan berazam tidak mengulanginya lagi.
Manusia sewajarnya berjaga-jaga tidak akan melakukan kelalaian dan boleh ditipu dua kali dalam perkara yang sama. Antara syarat yang menyebabkan taubat itu diterima adalah meninggalkan dosa yang dilakukan serta-merta.
Contohnya, orang tidak menunaikan solat mestilah kembali menunaikannya atau yang selalu memakan rasuah hendaklah segera meninggalkan amalan keji itu. Menyesali dosa yang dilakukan dan setiap kali terkenangkan dosa itu akan menangis kerana takutkan seksaan Allah. Ia bagi yang benar-benar menyesali perbuatan lampau dan ingin bertaubat kembali ke jalan Allah.
Bagi yang sudah mengambil hak orang lain, hendaklah dikembalikan kepada tuannya tetapi jika hak itu bukanlah sesuatu yang dapat dikembalikan maka dia mestilah memohon pelepasan (kemaafan) daripada orang itu. Hendaklah taubat dilakukan selagi masih ada hayat dan jangan suka bertangguh kerana apabila sudah tiba ajal, saat itu sudah tidak berguna untuk seseorang bertaubat.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah sangat gembira menerima taubat seseorang kamu melebihi kegembiraan seseorang yang menemui kembali barangnya yang hilang.”
(Hadis riwayat Muslim)
Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: “Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah pada malam hari sehingga matahari terbit di barat.”
(Hadis riwayat Muslim)

Monday, August 3, 2009

Sekalung Tahniah....


Alhamdulillah, plan yang telah kuatur telah berjaya dilaksanakan.

Bermula dgn mengetahui tarikh konvo "adik" syakirah dan naemah pada 1 hb Ogos 2009, sebarang program cuba ku kosongkan pada tarikh berkenaan kerana ingin berkunjung ke PICC meraikan beliau dan adik2 usim yang lain. Insyaallah...

Namun, 2 minggu sblm itu aku menerima kad jemputan kahwin sahabatku dee dan tarikhnya pun pada hari yg sama..alahai, awatla pilih tarikh tu cik kak oiiiit (hehe)..komenku dlm hati.
Siti Nordaunah binti jamaluddin..kawan sepermainanku dari zaman kanak2 lagi. rumah pun dekat2, klu jerit compom dengar. dulu sesekali aku mengusik sehingga menangis, dgn muka bersalah cepat2 lari sembunyi. takut kena marah dgn mak aji. dari sekolah rendah (satu kelas) sampai darjah 6. form 1 hingga 3 tak sekelas tapi masih lagi di sekolah yang sama. Form 4 hingga 5 kembali dalam kelas yg sama (sm teknik) dan begitu juga di asrama..adoiii, asyik muka ko je, takda muka org lain ke??( kuikuikui)...kini masing2 dgn kehidupan sendiri. kawan2 lain ntah kemana menghilang, cuma dia ni sajalah kawan yg selalu ku dengar khabar beritanya. hadirkan diri ke walimahnya adalah program keduaku pada 1 ogos nanti..

1 hb Ogos ..jeng..jeng..jeng_ bermula perjalanan hariku dengan menuju ke PICC bersama Ummusafiah dan Mr. JKR (gelaran yg baru ku berikan, mana taknya..klu terpandang lambang JKR suka sangat dia. taulah keja JKR..tp dek kerana kesudiannya menjadi tourist driver WSF 9411, aku layannnn je)..sepanjang perjalanan benar2 menguji kesabaran dan meninggalkan tanda tanya kami bertiga..(klu nak tau sms k,malas nak citer)..sampai PICC, punyalah payah nak parking..full house!!!. puas pusing sekeliling, last2 parking kat tepi laluan utama keta nak masuk..buat donno je, harap2 takda apa2 masalah. risau gak ni tp Mr. JKR meyakinkan. huhu.

sementara menunggu graduan2 keluar dewan, kami membuang masa di kafeteria, Mr. JKR siap makan nasi beriani.."aik, sat gi nak gi makan nasi beriani kat ampang"..selorohku selamba.
"laparlah kak"..alahai, siannye.

Sekalung tahniah dan semoga berjaya dimasa2 mendatang buat sahabat @ adikku Syakirah dan naemah (Pengajian Al Quran dan Multimedia). tak dilupakan buat anis, nadia, syahra dan laila juga. sempat mengambil gambar kenangan bersama yg draikan dan ahli keluarganya. terlalu banyak peristiwa mengejut berlaku masa ni, tapi cuma aku dan si "dia " je yg paham. tapi kami buat2 selamba..huhu.

PICC ditinggalkan, tunaikan solat zuhur di masjid putrajaya. sedih menyaksikan wanita seagama dikehendaki memakai jubah mcm pelancong asing ketika hendak memasuki masjid walaupun memakai tudung TETAPI tidak memenuhi apa yg di syariatkan. tapi seolah2 tiada tanda2 rasa bersalah, selamba badak je(geram ni)..


perjalanan diteruskan menuju ke ampang pula. sekali lagi terpaksa melalui kesesakan. berpandukan peta, kami mencari rumah pengantin..alhamdulillah, akhirnya jumpa gak. comel sahabatku dgn gaun pengantin berwarna putih krim. ada kisah yg kami bincangkan semasa bersantap, tapi dlm bahasa ibunda.."bugis"..erm, sabarlah dee, mungkin ini ujian..banyakkan berdoa.InsyaALLAH. sempat mengambil gambar kenangan dpelamin. bukan main lagi mr. JKR dgn aksi nya.. hehe. nak balik, siap dibungkuskan lagi nasi beriani. mak aii...dinner malam ni dgn nasi beriani. Mr. JKR lagi best, breakfast, lunch & dinner dgn menu yg sama..NASI BERIANI gak. takpe, rezeki tuuu.
tiba d stesen komuter bank negara..ramainya orang. dari gaya mcm peserta demo GMI beratur panjang membeli tiket. asalnya mmg nak join sekali perhimpunan ni tp atas2 sebab2 tertentu, terpaksa dibatalkan. usai solat asar, ummu dan STS beransur pulang. tak dapat drive balik umah, terpaksa parking keta depan pondok guard balai polis jln dato onn lantaran kesesakan jalan raya yg teramat sangat. klu nak redah juga, agaknya subuh pun belum tentu sampai rumah.

kaki diatur melangkah kestesen star lrt bandaraya..agak terkejut sebab stesen di tutup..ah sudah!!!, aku nak balik mcmana ni???. nak tak nak terpaksa patah balik ke stesen komuter. nak naik bus tak tau naik kat mana, klu duk wangsamaju lagi no hal. huhu. takpe2..sabar2.

berdiri di tepi jalan raya depan bank negara..berpkir langkah yg wajar diambil...huhu. klu nak gi KL sentral, then ke masjid jamek maby stesen masjid jamek pun d tutup...dengan selambanya aku menegur muslimin yg kebetulan lalu, "nk tanya, stesen bandaraya dah buka ke?..dah buka dah.."..alhamdulillah, ucapan syukur spontan dari ku. dgn langkah yg kepenatan patah balik ke stesen bandaraya

Alhamdulillah..selamat sampai d rumah around kul 7 . nampaknya mlm ni tak jadi ke pasar malam..tak larat. tapi Allah murahkan rezeki dgn nasi yg di bungkus dr kenduri td..ALHAMDULILLAH..

WSF 9411 ku bawa balik selepas pulang dr NILAI petang ahad. sian "pakwe" ni, duk menyendiri sepanjang malam. hehehe.

To Syakirah and others, TAHNIAH diatas kejayaan kalian. semoga ilmu yg dpelajari dimanfaatkan sebaiknya.

sahabatku Dee, TAHNIAH kerana telah bergelar ISTERI..semoga menjadi isteri yg solehah dan tabah menghadapi dugaan dan ujian. pada idi pada elok..u're my lovely friend..i mean it:)

dan kepada peserta demo GMI, TAHNIAH diatas keberanian menentang kezaliman...semoga dengan menyaksikan peristiwa itu akan lebih membuka matahati orang ramai tentang kezaliman akta ISA ni.

Tuesday, July 21, 2009

Nilai Tudung Wanita

Di sini kita ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian,ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat,nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengankerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dantidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki .

Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampakperbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing.

Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain.

Jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

[PETIKAN DARULNUMAN]

Friday, July 17, 2009

.....~~......

Tepat kul 3.3 0pismate dr seksyen kewangan call minta turun jap..
"ada apa ek"?...
"kak yati ada hutang yg perlu di jelaskan"..
erk, hutang apa pulak ni?..ok, sat lg akk turun.
bertuah!!!..rupa2nya dia suh ambik tiket.
wah..dh sampai eh?..alhamdulillah. tak sabar ni..
selamat tinggal bumi semenanjung..

Tuesday, July 14, 2009

santai..


Assalamualaikum..sudah seminggu tidak berposting, cuma background music yang bertukar. dari nada slow ke rancak dan kembali semula ke nada slow. dah lama sebenarnya cari lagu "redha" ni, baru semalam terjumpa. dari lirik lagu dan muzik, bg yg memula dengar akan assume tuan punya blog ni frust semacam. heehe. mmg pun..biasalah, colors of life..
Apapun hari ini 1st day "sahabatku" nun jauh dpantai timur sana menjalankan amanah sbg tenaga pengajar, moga dpermudahkan, dtenangkan fikiran, dlapangkan dada didalam menggalas amanah. Senyum "sokmo" deh..

InsyaALLAH, mungkin akan ada satu keputusan yang diambil. moga diberi kekuatan.

Tuesday, July 7, 2009

Lagi tentang SeNyUm..


BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya. Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa.

Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda. Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar.

Kata Saidina Umar, “Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.” (Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban) Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata, “Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.” Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai.

Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata: “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu.

Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?” Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu. Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah.

Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya. Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya.

Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit.

Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan). Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah? Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah: “Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.

Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.

Friday, July 3, 2009

HAK PERSAHABATAN & PERSAUDARAAN

Assalamualaikum Wbt..
Sahabat-sahabat dan teman-teman seperjuangan,Sesungguhnya bukan sahaja dalam ibadat ada dosa pahala, bahkan dalam persahabatan dan persaudaraan juga ada dosa pahala. Sebagaimana kita wajib jaga ibadat solat maka begitulah juga kita wajib jaga persaudaraan dan persahabatan. Jagalah hati supaya tidak buruk sangka. Jagalah lidah supaya tidak mengumpat, menghina dan memfitnah sahabat dan saudara seIslam kita. Sentiasalah memelihara dan memulihara persahabatan/persaudaraan kita.

HAK MEMAAFKAN KESALAHAN DAN KETELANJURAN

Keterlanjuran kawan/sahabat di dalam agamanya boleh ditegur secara lemah-lembut dengan jalan nasihat. Jika kawan itu terus tidak mengendahkan nasihat,-memutuskan perhubungan dengannya.-boleh diteruskan perhubungan dan rasa kasih sayang dengannya, tetapi harus membenci segala kelakuannya yang buruk itu.Adapun ketelanjurannya terhadap diri kamu meskipun membosankan, tiada diragukan lagi utamanya dimaafkan dan menanggung dengan penuh daya-upaya segala kesalahannya itu. Malah harus dibalas dengan cara yang baik, ataupun mengharapkan sesuatu keuzuran daripadanya, sama ada dalam waktu yang dekat mahupun jauh.Al-Ahnaf berkata: Hak seseorang sahabat atasmu ialah agar kamu menanggung tiga macam perkara, iaitu:

  1. Penganiayaan disebabkan kemarahannya

  2. Penganiayaan disebabkan perubahan keadaannya

  3. Penganiayaan disebabkan kesalahannyaWalau bagaimanapun sekalipun, bila seorang sahabat mengemukakan sebab-sebab keuzurannya, sama ada bohong apatah lagi kalau betul, maka hendaklah anda menerima keuzuran itu, sebab orang Mu’min yang sejati ketika dalam keadaaran marah, dia segera pula redha dengan alasan yang dikemukakan kepadanya. Dan kalau mesti marah atau benci pun, maka janganlah bersikap keterlaluan.

HAK MENDOAKAN SAHABAT
Sewajarnyalah seorang sahabat mendoakan sahabatnya dengan doa yang baik-baik termasuk ahli rumahtangga serta tanggunggannya, sebagaimana dia mendoakan bagi dirinya sendiri; sama ada sahabat itu masih hidup atau sudah mati.Dalam hadith ada tertera:“Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang dia tidak ada bersama-nya, maka Malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga.”“Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak.”

HAK KEUNGGULAN JANJI DAN IKHLAS.

Erti keunggulan di sini, ialah berdiri teguh atas cinta yang berterusan, hingga menemui maut, kemudian yang hidup akan meneruskan kecintaan itu terhadap anak buah si mati dan para sahabatnya. Sebab maksud cinta itu, ialah supaya berpanjangan hingga ke Hari Akhirat. Jika cintanya terputus sebelum mati, niscaya akan sia-sialah amalan dan hilanglah segala usaha.

Diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w.pernah memuliakan seorang perempuan tua, lalu para sahabat bertanya sebabnya. Jawab baginda: Perempuan tua ini selalu datang ke rumah kami di waktu hayat Siti Khadijah, dan sesungguhnya kemuliaan janji itu dari agama.Begitu juga memelihara sekalian rakan-rakan dan sanak-keluarganya yang menggantungkan kehidupan mereka kepadanya. Mengambil berat tentang hal-ehwal mereka ini lebih berkesan dalam hati kawan itu daripada mengambil berat tentang dirinya sendiri. Ia akan melonjakkan gembira kerana ada orang yang mengambil tahu tentang kesusahan para tanggungannya.Apabila seseorang itu berkasih sayang pada jalan Allah jangan biarkan kasih sayang itu bercampur aduk dengan dengki dan hasad baik dalam perkara agama ataupun dunia. Bagaimana hatinya sampai tergamak dengki, padahal segala yang ada dalam tangannya itu, adalah untuk kawannya dan segala manfaat dan maslahat akan kembali kepada kawannya.

PENTING: Termasuk dalam arti keunggulan lagi ialah: Jangan sampai keadaannya berubah dalam perhubungan dengan sahabatnya andaikata dia mendapat pangkat, atau luas pengaruhnya, ataupun tinggi kedudukannya. Meninggikan diri ke atas rakan-rakan kerana sebab-sebab tersebut tadi adalah sifat yang tercela.

Selanjutnya hendaklah anda ketahui, bahawasanya pengertian keunggulan itu bukanlah bila anda menyetujui rakan anda menjejaki jalan batil dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama yang suci, malah hendaklah anda menentangnya serta menasihatinya kerana Allah.Sebagai tanda kebenaran dan keikhlasan dalam persahabatan serta keunggulan dalam diri, hendaklah anda merasa berat bila hendak berpisah dengan kawan, tidak dapat ditanggung oleh diri biar apa pun sebabnya.
Kata seorang penyair: Semua bencana zaman dapat kutanggung Hanya berpisah dengan kekasih saja berat padahnya.

HAK MERINGANKAN DAN TIDAK MEMBERATKAN

Hendaklah seseorang kawan itu tiada memberati kawannya dengan sesuatu perkara yang akan menjengkelkannya, bahkan hendaklah dia meringankan tanggungannya dengan memikul setengah dari kebutuhannya dan keperluannya,Jangan sekali-kali ia membebankan kawan itu untuk menunaikan sebahagian dari kewajiban-kewajibannya sendiri. Malah jangan pula ia mengharap sesuatu dari kasih sayangnya terhadap kawan itu, melainkan semata-mata kerana Allah Ta’ala saja, ataupun menganggapnya sebagai semacam sumbangan terhadap agamanya, dan berlapang hati untuk menemui Allah serta mendekatkan diri kepadaNya. Atas tujuan-tujuan serupa itulah ia menunaikan hak-hak kawan dan memberikan bantuan-bantuan kepadanya.

Setengah para Solihin berkata: Sesiapa yang membebani saudaranya dengan sesuatu perkara yan tak dapat ditanggungnya, maka telah menganiayai saudara itu. Sesiapa membebani saudaranya pula dengan sesuatu yang pernah ia bebani sebelum itu, maka ia telah menyusahkannya. Dan sesiapa yang tidak pernah membebani saudaranya apa-apa pun, maka itulah orang yang paling utama dan paling unggul kepada sekalian saudaranya.Kesimpulannya, janganlah sampai dia menyusahkan kawannya sama sekali sehingga ia merasa tiada malu dengan kawan , sebagai mana ia tiada malu dengan diri sendiri.

Berkata Ali r.a.: Seburuk-buruk kawan, ialah kawan yang sentiasa memberati kamu dengan perkara-perkara yang tak tertanggung, menyebabkan kamu bersikap serba-salah dan menyeret kamu kepada memuat berbagai alasan.

Al-Fudhail berkata: Yang menyebabkan orang ramai putus perhubungan antara satu dengan yang lain ialah taklif; iaitu memberatkan diri orang lain dengan bermacam-macam permintaan. Seseorang kawan menziarahi kawannya, lalu ia memberatkan kawan itu dengan berbagai-bagai tanggungan, akhirnya kawan itu pun memutuskan perhubungan dengannya.

Sahabat-sahabat.......jagalah, peliharalah, peliharalah dan suburkanlah persahabatan dan persaudaraan kita lebih-lebih di ketika kita memilih pucuk pimpinan.


AYUH FIKIR-FIKIRKAN BERSAMA....:)

info:Dewan Pas Muslimat Tawau



inf0:

Thursday, July 2, 2009

sEnYuMLaH....


Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahasia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman
Senyuman...
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah... ...
Hati yang gundah terasa tenang
Bila melihat senyum diri kan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah
Itulah sedekah paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyum... ...
Senyumlah kita
Senyumlah... ...
Senyumlah penawar duka
Senyumlah penyejuk hati
(7 tahun sudah berlalu, bila terdengar lagu "senyum" ni, teringat pada sahabat lama yang tidak kuketahui khabar beritanya. dia dedicate lagu ni khas utk aku, supaya senyum sentiasa. agaknya dia tengok muka aku ni masam sangat kot. hehe. walaupun tidak banyak masa yang kami luangkan bersama, tapi dgn mengenali dirinya..banyak yg aku pelajari. semoga dia bahagia selalu dgn kehidupannya sekarang. "be ur self"..ayat yg selalu de pesan kat aku..:)
"SENYUM"....tak perlu sebarang bayaran..sedekah yang paling mudah. takkan itu pun tak boleh "dhulurkan??"..

Wednesday, July 1, 2009

tetapkan aku dijalanMU..

Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah ceraikan beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan dirinya hina) (Riwayat al Tirmizi dinilai hasan oleh al-Aibani)

"Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."

Friday, June 26, 2009

aku lebih tahu kot...

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

kopi pes from suterakasih85

Thursday, June 25, 2009

dia yg teristimewa..

iHAJI ABDULLAH BIN AHMAD

Ayah Nilai Kasihmu

Di sisi ibu kau setia menanti
Lahir anakmu menambahkan seri
Bersama aminan memuji Illahi
Di telingaku kanan dan kiri
Hari - hari makin mendewasakan
Hidupmu tabah penuh kecabaran
Dalam mendidik amanah tuhanmu
Sabar melayar kerenah yang seribu
Titisan keringatmu menyubur kehidupan
Berhujan berpanas tidak kau hendahkan
Dirimu tetap gigih menuai rezeki
Menjadikan mimpi satu realiti
Biar ku tawar uang yang berjuta
Biar ku hampar selaut mutiara
Tak mungkin membalas segala jasa
Yang tidak ternilainya
Oh ayah akan ku bukti padamu
Curahan kasih tidak kusiakan
Mencapai cita jua kejayaan
Kan ku bela nasibmu di hari tua
(Intrumentalia)
Titisan keringatmu menyubur kehidupan
Berhujan berpanas tidak kau hendahkan
Dirimu tetap gigih menuai rezeki
Menjadikan mimpi satu realiti
Biar ku tawar uang yang berjuta
Biar ku hampar selaut mutiara
Tak mungkin membalas segala jasa
Yang tidak ternilainya
Oh ayah akan ku bukti padamu
Curahan kasih tidak kusiakan
Mencapai cita jua kejayaan
Kan ku bela nasibmu
Biar ku tawar uang yang berjuta
Biar ku hampar selaut mutiara
Tak mungkin membalas segala jasa
Yang tidak ternilainya
Oh ayah akan ku bukti padamu
Curahan kasih tidak kusiakan
Mencapai cita jua kejayaan
Kan ku bela nasibmu di hari tua

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty


Monday, June 22, 2009

Redha..


rindunya aku pada kenangan lalu,
senyum, tawa riang bersama
kusangka berkekalan kerana yakinnya pada ungkapan bicara sayang, rindu dan UKHUWAHFILLAH,
tidak pernah terjangka hadirnya konflik dalam jalinan,
andai masa dapat diputar kembali,tidak mahu aku berada di situ,namun apakan daya, ketentuan dan takdirNYA lebih mengatasi dr segala-galanya..
YA ALLAH, berikanlah aku kekuatan untuk mengakui didalam hatiku dan keyakinan untuk ku ungkapan lafaz "REDHA" walau perit untuk di telan..

Wednesday, June 17, 2009

Semoga bermanfaat……

email yg dikirimkan sahabat..gaya bahasa dari seberang, tp rasanya masih mudah difahami.
moga menjadi peringatan bersama.
Berapa lama Kita dikubur?

Awan sedikit mendung, ketika kaki kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu merah Karet. Baju merahnya yg besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ice-krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulutnya untuk dicicapi, sementara tangan kirinya mencengkam Ikatan sabuk celana ayahnya. Yani dan Ayahnya memasuki wilayah pemakaman umum Karet, berputar sejenak ke kanan & kemudian duduk Di atas tembok nisan "Hj Rajawali binti Muhammad 19-10-1915: 20- 01-1965" "Nak, ini kubur nenekmu mari Kita berdo'a untuk nenekmu" Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yg mengangkat ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Ia mendengarkan ayahnya berdo'a untuk Neneknya... "Ayah, nenek waktu meninggal umur 50 tahun ya Yah." Ayahnya mengangguk sambil tersenyum, sambil memandang pusara Ibu-nya. "Hmm, bererti nenek sudah meninggal 42 tahun ya Yah..." Kata Yani berlagak sambil matanya mengira dan jarinya berhitung. "Ya, nenekmu sudah di dalam kubur 42 tahun ... " Yani menoleh kepalanya, memandang sekeliling, banyak kuburan di sana . Di samping kuburan neneknya ada kuburan tua berlumut "Muhammad Zaini: 19-02-1882 : 30-01-1910" "Hmm... Kalau yang itu sudah meninggal 106 tahun yang lalu ya Yah", jarinya menunjuk nisan bersebelahan kubur neneknya. Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya terangkat mengusap kepala anak satu-satunya. "Kenapa ni Yani ?" kata sang ayah menatap teduh mata anaknya.... "Hmmm, ayah kan semalam bilang, bahwa kalau kita mati, lalu di kubur dan kita banyak dosanya, kita akan disiksa dineraka" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya. "Iya kan yah?" Ayahnya tersenyum, "Lalu?" "Iya .. Kalau nenek banyak dosanya, berarti nenek sudah disiksa 42 tahun dong yah di kubur? Kalau nenek banyak pahalanya, berarti sudah 42 tahun nenek senang dikubur .... Ya nggak yah?" mata Yani bersinar keranana bisa menjelaskan kepada Ayahnya pendapatnya. Ayahnya tersenyum, namun sekilas tampak keningnya berkerut, tampaknya cemas ........ "Iya nak, kamu pintar," kata ayahnya pendek. Pulang dari pemakaman, ayah Yani tampak gelisah Di atas sajadahnya, memikirkan apa yang dikatakan anaknya... 42 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi....142 tahun disiksa .. atau bahagia dikubur .... Lalu Ia menunduk ... Meneteskan air mata... Kalau Ia meninggal .. Lalu banyak dosanya ...lalu kiamat masih 1000 tahun lagi berarti Ia akan disiksa 1000 tahun? ’Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un’ .... Air matanya semakin banyak menetes, sanggupkah ia selama itu disiksa? Iya kalau kiamat 1000 tahun ke depan, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu ia akan disiksa di kubur. Lalu setelah dikubur? Bukankah Akan lebih parah lagi? Tahankah? padahal melihat adegan pameran dipukuli masa di tv kemarin ia dah tak tahan? Ya Allah... Ia semakin menunduk, tangannya mengangkat, setinggi bahunya naik turun tak teratur.... air matanya semakin membanjiri pipi dan janggutnya…”Allahumma as aluka khusnul khootimah”.. berulang Kali di bacanya DOA itu hingga suaranya serak ... Dan ia berhenti sejenak ketika terdengar batuk Yani. Dihampirinya Yani yang tertidur di atas dipan Bambu. Di betulkannya selimutnya. Yani terus tertidur.... tanpa tahu, betapa sang bapak sangat berterima kasih padanya karena telah menyadarkannya arti sebuah kehidupan... Dan apa yang akan datang di depannya... "Yaa Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..." Sebarkan e-mail ini ke saudara-saudara Kita, mudah-mudahan bermanfaat.. . "Sebarkanlah walau hanya 1 ayat"

Monday, June 15, 2009

tidak terbalas..


kangan..

lenanya dia tdo, klu tak silap gambo ni acik yati ambik sblm bertolak ke airport tawau (balik kampung tahun lepas). terpaksa keluar awal, takut terlepas flight. jarak aiport blh tahan jauhya. dengan berat hati acik tinggalkan nazhan. kedua pp dan dahinya ku kucup, sayang nak tinggalkan anak sedara sorang ni. keletahnya menjadi2, petah berkata2 skrg ni, ngalahkan org tua. dah masuk usia dua tahun. budak2 dalam peringkat pembesaran cepat menangkap dan meniru tutur kata dan perbuatan org2 disekelilingnya. kalau model tak bagus, mmg hancuslah jawabnya. nau'zubillah..moga anak sedara acik ni menjadi anak yg soleh dan org yg berguna dimasa hadapan. tak lama lagi nak dapat adik, nazhan bakal bergelar abang long..:)

Monday, June 8, 2009

ALHAMDULILLAH..selesai


uishhhh...ari ni betul2 keletihan..sabtu ahad patutnya adalah hari berehat (tak kirala nak tido ke..hehe). bermula tengahari jumaat (5 jun), aku membawa diri ke plaza rakyat. maknanya ari tu bekerja sekerat hari..punch tepat 12.15 tghari. Bas Transnasional WMP 7206 membawaku ke daerah taiping meraikan hari pertunangan housemate, ana pd esok hari. turun d stesen kemunting, dlm 15 minit .ana pun sampai dgn viva merah WMP2376. tak balik rumah terus..temankan ana beli barang2 persiapan. sian sahabatku sorang ni, keletihan dibuatnya. takpa ana, akk dtg membantumu..ngehngeh.

malam dirumah ana, seganla pulak..huhu. tapi dgn sikap keramahan yang semulajadi yg ada pd diriku(perasan tahap gaban.:), aku buat tak tahu je. buat mcm rumah orang..bantu pape yang patut. siapkan barang2 hantaran ana. dgn sedikit pengalaman yg ada, aku bg cadangan kat ana nak buat mcmana..chewah, pandai je, ntah mcmana klu majlis sendiri nanti..haru biru di buatnya.


alhamdulillah, tepat 12.35 tghari, ana selamat menjadi tunangan org. syukurla..moga dgn ikatan pertunangan ni lbh memberi ruang utk saling mengenali antara satu sama lain...bkn ruang utk lebih "rapat" lagi tau..


4.30 petang, bertolak balik ke KL..ana juga yg antor ke stesen bus. dia tak balik lagi, nak setelkan kat rumah lagi..kemas pape yg ptt. sepanjang perjalanan, banyak diisi dgn mendodoikan diri..hehe, keletihan yg teramat..(padahal takdelah buat kerja sgt pun). Pukul 8.45 mlm, selamat tiba di pudu..adikku ayu dah lama menanti..maafla,bus dah tua...bersalaman, lama tak jumpa..makin "kecik"la..usikku pada cikgu IT ni..sian, asyik kena buli dgn akknya yg mmg kaki pembuli..jom dik, akk lapar ni..

sampai pandan jaya, terus ke tapak pasar malam..kami memilih menu yg sama, nasi goreng ayam dan sedikit makanan tambahan (ckit ke?..kuikuikui)..
sampai umah, makan..hemat diri, then tdo..zzzzzZZZ
pagi Ahad 7 jun, bersiap2..dlm kul 9, adik sabahan cik ummu dh sampai stesen lrt..minta uk ambik sbb ada brg tertinggal. semua dah ada, bertolak escot umar. mula2 tu ok, ntah mcmana tersilap jalan..co pilot pulak tak perasan..adoi, takkan sesat di awal pagi?? berbekalkan semangat yg mmg dah down, cari jugak jalan..sian kat mamat sorang ni, kdg2 terlepas marah jugak kat dia. saborlah ye, akk mmg mcm ni, dh bosan sesat di KL ni. tapi alhamdulillah, dgn pertolonganNYA, akhirnya sampai tempat berkumpul stesen petronas (punyalah byk tpt menarik, stesen minyak jugak jd pilihan)

perjalanan dmulakan, seronok berkonvoi ni. alhamdulillah, selamat sampai di rumah pengantin dkt kul 1 tghari. kebetulan rombongan pengantin lelaki baru sampai, so rombongan UC ikut sekali dibelakang. aku & ayu menghilangkn diri kejap...time bersantap, tak tahan dgn gelagat budak uc ni. sukati ambik hidangan sebelah tambah kat hidangan sendiri..dorang kata " gi kenduri kawen, mmg nak makan pun..selamba je..

time bergambo..mmg favourite bebudak uc ni. seolah2 majlis tu kitaorg yg punya. jemputan lain hanya memandang..lantakla. apapun, sekali lagi kenangan manis tercipta di situ..puas bergambar, salam wida'. (mcm gi haji la pulak).

perjalanan diteruskan menuju ke palong, atas permintaan dan pelawaan umar. dia kata dekat je, 45 minit. hampeh umar, dekat 2 jam tuuu. sian kat driver, co pilot tak dan nak borak, tersengguk2. sahabat snd msj "ngantuk ler"..alamak, dia drive keta tu..blh tak sampai?..sian.

sampai di rumah uk, keluarga dia dh bersedia menanti kehadiran kami. siap dijamu bubur kacang, buah2an & air oren..burrrpp..alhamdulillah.

bebudak uc mmg tak dpt dipisahkan dgn bergambor..ambik gambor lagi sblm balik. ade yg sempat kait buah bacang. org tawau panggil mangga wani..ops, tersedak wani bangi.:)

perjalanan balik mmg memenatkan, sesak yg teramat sangat..pttla, ada kemalangan dihadapan. tapi biasalah org2 malaysia ni, prihatin singgah nak tengok. yg kelakarnya, keta viva merah (dipandu STS) blh ada kat sebelah viva ijo, sedangkan sblum tu dorg dah pecut laju. selamba je sts lambai kat kitaorg..(cover malu la tu). hehehe

alhamdulillah, selamat sampai di bangi tepat jam 9.30 malam. dah tebal dah muka ni, asyik menyusahkan makcik (mak wani). tiap kali bertandangg, mesti dijamu..terima kasih wani sekeluarga, mudah2an murah rezeki.
pukul 10.15 mlm, bertolak balik dgn keta masing2. aku mcm biasala, eskot keta umar. kalau tak, ntah tak sampai pandan jaya aku..thanks uk & azrul. walaupun slu kena marah, tapi masih bersabar. hehe.

ingat nak cuti esok, tp tak jadi sebab kak mas dah cuti.

so, esok kena keja. iron baju sepasang dah lah oiii, mata ni dah berat mcm kena gantung batu sekilo..huhu.
Alhamdulillah, syukur kupanjatkan padamu ya ALLAH diatas keizinan dan keselamatan untukku dan sahabat2 ku...moga jalinan ukhuwah ini diredhai dan diberkati olehMU ya RAHMAN..

Bismikallahumma ahya wa'amut...ZZZZZZZZZZZZZZ