Thursday, June 4, 2009

jawab..jangan tak jawab..

tag..selalu gak tengok benda ni kat mana2 blog, tak ambil pusing sgt. baca sekilas pandang je (hehe)..tapi ari ni cik irah nak aku jawab pulak dah..takpe2, akan ku jawab se skema maksima..heheh..:).

1. What were you doing five years back?
masa ni dah masuk keja. Insyaallah 11.10.2009 nanti genapla 5 tahun. sebelum keja tu (1.01.2004-10.10.2004) bantu kakak berniaga. erm..alhamdulillah, daripada duk umah jd "penanam anggur separa pro"..

2. What are the five things on your to-do list today?

* punch kad (heheh..)
* buka pc..online mana2 yg patut..yg pasti ym diutamakan..:P
* sarapan dulu sblm wat kije * sambung wat kije..takde keja sgt sebab ade laie pegawai yg tak antar dokumen. so ini
membantutkan keja aku yg sepatutnya siap awal bulan 6 ni..geram betulla.
* makan awal ari ni, alhamdulillah..ofismate dgn baik ati belanja makan ayam (takyah bgtau
jenama ape)..makan 2 ketul tu..

***nak 5 je kan, ade laie ni, tp tak blh melebihi kuota..kang kena potong markah oleh cik
irah..ngehngeh..

3. What are the five snacks you enjoyed munching?

(alamak..nak jwb ape ni, aku ni bukannya penggemar sgt makanan ringan ni..namapun
ringan..bantai je)..

* coklat..boleh je masuk selagi tekak ni blh menerima..(manislah)
* biskut..(setakakat 2 3 keping bolehla)
* kekacang...ni lagi satu, tekak ni sensitif, boleh batuk seharian dibuatnya..pastu pyh nak tdo.
* keropok lekor..yg ni ok ckit, klu gi pasar malam, beli sampai 2 hinggit, cekik sorang2.
* taufu fa..suke yang gula merah tp pastu tekak perit..manis tuu.

4. What are the five things you'd if you turned to be a billionaire?

* habiskan loan keta viva WSF 9411 color ijo..heheh
* hapuskan miskin tegar di malaysia ni, tapi klu habiskan..rancangan BERSAMAMU TV3 kena
tutup kedai..heheh.
* support dari semua segi yg blh membangunkan ekonomi islam. no riba'...
* buat lif kat semua flat walaupun cuma 5 tingkat..(kesian kat makcik2 yg kena panjat tangga
tiap ari)..jgn gelak!!!
* pegi tunaikan umrah, haji tiap tahun, takpun ulang alik ke tempat2 yang penuh sejarah
bermulanya islam...

5. The five persons I wanna tag.

- siapa rasa nak jawab, dipersilakan .....tak bayar pun.. percuma je.





Wednesday, June 3, 2009


Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan...Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...Moga lelahmu dihargai Ilahi

Monday, June 1, 2009

mampukah aku mencintai..


Berkata Ibnu Abbas r.a bahawasanya RasuluLlah s.a.w telah bersabda : ALlah telah berfirman : " Berkata Daud tatkala dia berkata-kata kepada Tuhannya : Ya Tuhanku! Siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling Engkau cintai, supaya aku mencintainya dengan sebab cintaMu itu? Berfirman Tuhan: Wahai Daud! Orang yang paling Kucintai di antara hamba-hambaKu ialah yang bertakwa hatinya, suci kedua-dua belah tangannya, tidak menyusahkan orang lain dan tidak membuat fitnah ke sana ke mari, gunung-ganang akan berubah namun dia tetap begitu juga, dia mencintaiKu serta menarik hamba-hambaKu untuk mencintaiKu.

Friday, May 29, 2009

buat sementara waktu yang ada..

Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka, kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang... Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi SAYANGILH dengan apa yang kita ada !!Hidup tak perlu terlalu sempurna, tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal, tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati, ia sudah lebih dari mencukupi. Persahabatan yang sejati akan membawa KERINDUAN yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan PERCINTAAN akan berakhir tetapi tanpa percintaan PERSAHABATAN boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin..SELALUNYA kita tdk menyedari bahawa ada insan yg lebih MENCINTAI diri kita...oleh itu hargailah ia...

Thursday, May 28, 2009

Percubaan....

ASSALAMUALAIKUM WBT...



saje nak test create blog sendiri. dah lama sebenarnya nak buat cuma tak berkesempatan. kebetulan buat masa ni bebanan kerja semakin berkurangan, tapi awal bulan 6 nanti kena submit paperwork yang cukup penting kat bos. Alhamdulillah, hampir kesemua lampiran dah aku siapkan cuma beberapa data lagi yang diperlukan...harap2 cepatlah siap, malas nak pkir lagi. huhu