Wednesday, September 9, 2009

Iftar bersama sahabat2 ukhwah.com

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga iftar dengan bebudak UC pada 4 September lepas di Restoran Sate Haj Samuri kat Bangi (dekat rumah wani@serikandikhaulah). thanks kepada yg mengatur majlis ini....


Balik dari berbuka puasa, antor puterisyiffa dan sahabat ke ukm (shida drive..hehe). tak jumpa jalan keluar..huhu..sesat lagi. tapi alhamdulillah...Allah tu maha Pengasih. Lepas antar shairah, singgah kat sup anis utara (owner sahabat UC gak)..erm, mmg sedap makanan dia.

tengah2 makan tu, akhirnya hajatku kesampaian utk berada dkt dgn wanita yg kukagumi..selalu tgk dari jauh sahaja. inilah wanita yg kumaksudkan tu..

Sebelum balik, sempat ambik gambar bersama tauke kedai, qurratuaini@yana... pasni blh dtg sokmo tp tauke bagila diskaun ye..hehe.:) erm, ada kisah malam tu, hanya kami (shida, uk dan me) yg tahu...huhu.moral of the story is...ALERT carefully..kuikuikui.


Friday, September 4, 2009

"anak-anakku"..

Mohd Hamizan
Mohd Nur Adli

Nurhamizah

Mohd Abqari Nazhan

Nur Nilam Abqarina


Friday, August 21, 2009

RAMADHAN yg ku nanti..


assalamualaikum wbt..
Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan.

Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita.

Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."


SELAMAT BERPUASA KEPADA KEDUA IBU DAN BAPA DAN SELURUH AHLI KELUARGA YG DIRINDUI

KEPADA SAHABAT2 YANG DI KASIHI

KEPADA SEMUA UMAT ISLAM YAK KIRA DIMANA JUA BERADA

SEMOGA DIBERI KESIHATAN YG BAIK AGAR DAPAT MELAKSANAKAN PUASA DAN "BERPESTA IBADAT"...

SALAM KEMAAFAN TULUS IKHLAS DARI SAYA..

Monday, August 17, 2009

SUNGAI CONGKAK_16.08.09

sesi berendam dgn ss

ikut jalan yang betul..jgn sampai sesat..huhu

yang sempat disediakan....

sabar menanti ...:)

sambil makan aiskrim..thanks atikah

sempat lagi possing tuh..

tak sabor nak santap ni..

ikan baik utk kesihatan..:)

peace no war..

sebelum bertolak pulang..


Thursday, August 13, 2009

AL FATIHAH..


Dari Allah kita datang, dan kepadaNYA jugalah akhirnya kita akan kembali.
Semoga rohnya di cucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
(1969-2009)
Al Fatihah...

Tuesday, August 11, 2009

Taubat perlu dilakukan sepanjang hayat, tidak bertangguh

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Mukmin yang sedar akan berhati-hati supaya tidak melakukan kesalahan sama atau ditipu untuk kali keduanya. Sama juga, apabila terlanjur melakukan dosa sewajarnya terus menginsafi kesilapan dilakukan dan berazam tidak mengulanginya lagi.
Manusia sewajarnya berjaga-jaga tidak akan melakukan kelalaian dan boleh ditipu dua kali dalam perkara yang sama. Antara syarat yang menyebabkan taubat itu diterima adalah meninggalkan dosa yang dilakukan serta-merta.
Contohnya, orang tidak menunaikan solat mestilah kembali menunaikannya atau yang selalu memakan rasuah hendaklah segera meninggalkan amalan keji itu. Menyesali dosa yang dilakukan dan setiap kali terkenangkan dosa itu akan menangis kerana takutkan seksaan Allah. Ia bagi yang benar-benar menyesali perbuatan lampau dan ingin bertaubat kembali ke jalan Allah.
Bagi yang sudah mengambil hak orang lain, hendaklah dikembalikan kepada tuannya tetapi jika hak itu bukanlah sesuatu yang dapat dikembalikan maka dia mestilah memohon pelepasan (kemaafan) daripada orang itu. Hendaklah taubat dilakukan selagi masih ada hayat dan jangan suka bertangguh kerana apabila sudah tiba ajal, saat itu sudah tidak berguna untuk seseorang bertaubat.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah sangat gembira menerima taubat seseorang kamu melebihi kegembiraan seseorang yang menemui kembali barangnya yang hilang.”
(Hadis riwayat Muslim)
Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: “Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah pada malam hari sehingga matahari terbit di barat.”
(Hadis riwayat Muslim)