Wednesday, February 29, 2012

berdamailah dengan TAKDIR (sumber ILUVISLAM)


Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini,

"Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata."

Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma 'sekerat', kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikan-Nya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu. Ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabi'e nya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stress, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan kita. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk 'berkelahi' dengan takdir. Kita tidak menerima 'warna-warni' kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, "Sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga." Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk 'bersahabat' dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita menikmati alam seperti seadanya. Akur kepada Pencipta senja.

Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan 'lukisan takdir' pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah. Malah, kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nanti hasilnya, katakan pada diri, "Aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik."

Jika yang diharapkan berlaku, maka bersyukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka maka bersabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku. Namun, apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Monday, February 13, 2012

Jalan-jalan Cuti2 Mesia...Kuala Perlis+Langkawi..

Cuti Raya Cina...Cuti Maulidur Rasul..Cuti Thaipusam..aku habiskan di umah adik merangkap keluarga angkat kat Kuala Perlis..seronok memang best, tapi meredah perjalanan sehingga 10 Jam, klu hitung dah boleh 2 kali pegi balik tawau..huhuhu. Apepun terima kasih kepada ija sefamily..luv u all

Friday, September 23, 2011

kembali

assalamulaikum...sudah setahun tidak dkemaskini...langsir raya dah bertukar ke langsir lama, baju raya dah berkali2 dpakai..insyaallah akan di tambah mana yang patut..insyaallah....

Thursday, January 20, 2011

Kenangan semalam

Mengunjungi kenangan semalam
Bukanlah niat mengharapkan semula
Adanya ruang dan peluang..
Tapi sekadar mengulit semula ingatan
Kelemahan diri tidak mampu menghapus semua kenangan semalam..
Tiap suka dan tawa riang
Tidak pernah luput dlm memori
Adapun duka tidak pernah diperlihatkan keduanya
Seolah2 tahu dan mengerti saat yang dlalui cuma sementara
Masa yang berlalu hanya penuh dengan senyuman..
Celoteh dan gurauan ada sahaja tercetus
Hahaha..opss, terkadang terlepas tawa tanpa sedar ..kelemahan diriku 
Jarak kita semakin dekat tapi tiada ruang untuk melestarikan impian..
Impian????
impian yg baru aku angankan tidak sempat pun aku gambarkan..
Nak lestarikan apa??..umpama buih-buih yang baru berterbangan
Pecah tapi tidak berbekas..
Biarlah..cukup sekadar kenangan..
20.01.2011

Sunday, December 26, 2010

"kenapa pakai tudung besar-besar ya?

Pada suatu petang....berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.

Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

"Awak, boleh saya tanya?"

"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.

"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.

Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.

"Tapi kenapa ya?"

"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.

Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.

" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu, boleh?"

Dia mengangguk.

"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.

"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.

" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.

"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ?" Saya bertanya lagi untuk menduga.

"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu seperti Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.

"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan seat-belt pulak" Saya terus bertanya.

" Yelah, nak menunjukkan bahawa seat-belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"

"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas" Saya bertanya lagi.

"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga" Jawabnya.

Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.

"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."

Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.

"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seat-belt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan" saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.

"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"

Dia menggeleng kepala tanpa suara.

" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe"..Saya tergelak kecil, berharap mengundang bibit mesra dengannya.

"Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? " Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.

"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."

"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.

"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar? Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.

"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..

Dia mengangguk...

"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.

" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.

Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil brmonolog sendirian.

'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.

Dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...

copyright..http://ainatulsholehah.blogspot.com/

Tuesday, October 5, 2010

kursus + santai..


Alhamdulillah, dengan keizinan dan kelapangan dariNYA..akhirnya kursus “serta merta” 27 hb sept - 30hb sept  telah Berjaya di tamatkan..pas kursus terus ke pandan jaya, rumah lama yang pernah kusewa hampir setahun. Dapat juga jumpa dgn ayuni, ct dan penyewa baru, liza.
Pagi jumaat, ziarah bekas rakan pejabat, BKP JPS. Wlupun tidak semua yang Berjaya ditemui, tapi Alhamdulillah..sekurang2nya dpt lepaskan rindu. Tak sempat jumpa kak oyah, tuan haji hamid dan big bos..wak jai..ahakss. dan yang paling tak dsangka2, dpt join celebrate bday amalina..dah tua anak bongsu kak oyah tu..hahahaha..
Balik semula ke pandan, amik barang2..berangkat pulak ke kg. Batu muda sentul..terima kasih yg tak terhingga buat mar, fir dan PUTERI izzah yang makin comel dan gebu..heheh..kerana sudi member ruang dan peluang numpang tdo..:). Dan paling best..dpt pi tgk teater kisah mantan PM. Igtkan pas balik negeri takde peluang langsung nak berkunjung ke IB..ma acih ayah ijah…sempat jugak terlena seketika dalam panggung tu.,huuhuh. Org sebelah rupanya pun terlena sekali..ahakss.
 
to Puan Simpleshida (ss) dan suami, wani &mama, sirat, umar & mujahid..tengkiu banyak2 di atas kelapangan masa dan $$ yang diberikan..rasa sangat terharu..specially to ss, TAHNIAH dan TAHNIAH. Semoga kekal ke akhir hayat dan dkurniakan zuriat soleh &solehah..mewarisi keanggunan dan keperibadian unggul uminya..
Insyaallah, ada peluang & kesempatan yg diberikan olehNYA…kita jumpa lagi. Terasa sayang dgn jalinan ukhwah yang terjalin, moga kekal selamanya..




3 OKT 2010, MH 2660_8.25AM